Bila dpt keluar drpd Office. Sesekali.
Heaven!
hahah.. Kalini trip drive sendiri x naik transport jabatan. Sebab, lepas habis dkt Gambang,
kita continue holidayyy. Kira ni mcm sambil menyelam minom ayor!
Sampai2 Gambang Resort, Checkin dkt Carribean Resort. 1Aprtment 2 bilik.
Kalini dtg Gambang without cik PA. Tapi ada pengganti cik puan cik puan. Dorang berdua ni pon duk teman iols drive dr Putrajaya sampai ke Gambang. Bagus. Masing2 x tido kalini. hahaha. Kita ajakkan sembang sampai kesudah!
B4 Masuk ke Tol Gombak, pitstop wajib mesti singgah 7e dkt Shell yg ada Cendol Bakar drive-thru ittew.
Mak shimah duk belikan kami bertiga askim! Cornetto. Suka benau dia makan askim! hahah.
Sambil makan askim, sembang2... Next pitstop nk makan tengahri. Puan Rozifah suggest berhenti kat RnR Temerloh.
And lunch kita tghari tu disponser oleh Pn Rozifah. Kita sental Patin masak tempoyak. Thoooorbaek!
Lps lunch sambung pemanduan ke Gambang. Pn. Azie tggu kitorang nk bagi kunci. Kami duk satu apartment. Since orang lain x sampai lagi. Kami pun melepak lah dkt bilik. Next gather around 4PM. Sementara tggu yg lain2 sampai dgn bus KPKT.
Sesi ptg tu, mcm biasa lah ice breaking, bla bla bla. Since aktiviti kitorang kt sini mmg santai2 je pon. Bahagi2 kumpulan. Belah malam ada talk sikit2. Then bersurai. Ada yg ajak melepak sekian2. Tp saya x berapa rajin nk join. Since ramai jejaka yg lebih berminat nk lepak. Sungguh x berapa nk manis join sama.
So prefer lepak bermalas malasan saaja dekat bilik.
Day 1 xde apa2 sgt. Sesi suai kenal ala2 je.
Day 2.
Semorang duk tunggu2. Sbb kita ada aktiviti Explore Race. Explore Race xheran sgt. Sbb sbnrnya semorang menunggu masa nk terjun dalam waterpark. So sesi explore race kita dalam theme park! Hoyyyehhh. Dr tghari sampai ke ptg main ayor!
Tunggu aje dkt lobby. Nnt tram akan pusing datang ambik untuk bwk ke theme park or safari.
Last time masa dtg sini, nk naik tram kene bayar rm1. Walaupun kau duduk dkt resort ni. Tp skrg FREE dah. hehe.
Sumore, tram dia pun dh upgrade semenggah lagi! See?
Tram mcm nk pergi masuk Zoo!
Orait Kita selitkan sikit Info tambahan utk kadar sewa tube dll kt dalam tu. Ai main snap je photo.
Harapnya bole nampak. Klik photo utk view lbh jelas ya.
Harga + Deposit.
Yang gambar atas ni. Kadar sewa untuk Cabana. Klw dtg dengan family, mak ayah tok nenek. Sesuai sgt sewa cabana. Atleast org tua bole rehat kt sini.
Sewa Cabana dkt Gambang Water park ni, Ok lagi lah harganya. Compared to Lost world of tambun. Mak oi mahal sesangat. Rasa x berbaloi nk sewa. Makanya merempat lah kt meja2 yg hado. Asal boleh.
During d explore race, awal2 punya task dh kasi basah. 1st task 'Trafik Jem' . Dah pernah buat. So dah faham cara mainan nye. Awal jugak lah ke next pitstop.
2nd Pitstop kita, berjemaah naik Family Tube ni. Since kita adelah 2 3 kali jejak Gambang Theme Park ni, so tau lah sesikit nak ajak team menuju ke lokasinya!
Gambar ni snap lepas habis explore race!
Tgk lah Mak Datin ai yg berdua tu. Kemain suka dia.. Gagah tau naik atas nk slide. Iols dh x lalu nk bako kalori naik ke atas. Duk bawah snapkan gambo aje lah! Huhuhuhu.
Yg 'peace' baju merah tu lah Puan Azie, dr BSM KPKT. Dia lah yg invite ai dgn PA ajak join g Gambang!
Lps pitstop ke2, ada kene teka. Depa bagi satu sheet gambar2 makanan malaysia. Kita kene pilih jumlah Kcal untuk setiap makanan tu. Hui. 4 5 Kali gak la meneka.. Baru dpt pass! Jenuh.
Pitstop ke3 adalah ujian kecerdasan. 2Lelaki 2Wanita wakil setiap kumpulan. Tugasnya Jumping Jacks. (Kacangg pis aja) . Sit Up (Dh biasa buat, sekali napas aje, eksen). Burpee (Xletih sgt sebab total dia nk 10 je sorang) n Last Pumping!
Sap sap sui, lepas Pitstop 3.
Next Pit Stop ada Race Lane!
Ini aku cuak! hahahah. Mmg x pernah dpt try. Sbb diri ini adalah OVERWEIGHT. Xmau amik risk. Ahli group ai yg comel2 tu, ai mtk depa naik. Hahahahaha. Bertabahlah mereka menjerit bagai nk keluo anak tekak slide RaceLane ni!
Ko jgn x tau, demi semangat kesukanan, mak datin ai yg sorang tu, gagah slide ok! Semangat kesukanan sungguh! Ai salute u Datin Shimah!
Ini Race Lane. Kau gagah?
Ade je jantan yg x nak naik mende alah ni okey!
Dari bawah tgk macam gagah. Dah smpai atas? Berkira2 selawat zikit ntah berapa puluh kali baru depa mendapat kekuatan nk slide. hihi.
Habis pitstop RaceLane.
Last!
Ade mainan Cube, kene bentukkan 4 segi tepat! Aku bab2 tu mmg failed! So perati dr belakang je. Habis Cube, kene buat rutin senam aerobic yg basic. Since masing2 dh mcm xsabau nk terjun pool. Kumpulan2 lain pun create rutin ala kadar, cacamarba je. But still fun lah org tgk!
bergelak ketawa gak la tgk setiap kumpulan punya Rutin!
Itulah Rutin last!
Dan aktiviti yg ditunggu2 semua orang. BEBAS.
Maka bertempiaran lah masing2 membawa diri, pergi naik slide dan macam2 lagi.
Siap bola tampar dalam pool ombak lagi.
Siap main bola tampar jugak. Ntah berapa ramai satu team pun aku tataw. Selagi bole main, masuk aje sapa yg nak main!
Riadah!
See you next time! Bye bye!
Belah kiri sorang ni Roommate ai. Huda
Kanan dua orang tu, teammate ai! Saida n Chai.
Kanan dua orang tu, teammate ai! Saida n Chai.
Balik Hotel, Kebulur. Itu yg ada. Melantak sementara tunggu Dinner
& Sambil menunggu Zill Faezrul? Hahaha
Day 3!
Pagi2 lepas breakfast (Aku malas share menu2 makan sgt sbb makanan kt Carribean Suite ni, biasa2 je. xde yg mcm woW.. So xpayah la) Kitorang lincah naik busKPKT, untuk ke Kg Sri Fajar. Jumpe org kampung untuk aktiviti riadah kesihatan.
Baru sampai.
Program JOM SIHAT.
Belah pagi kami incharge senam pagi, aerobic n poco2! Then ada talk dr kami punya penceramah jemputan!..
Sementara ada sesi talk tu. Dr LPPKN juga ada bukak table utk checkup bagi orang2 kampung! BMI, Check Kolestrol n Gula dalam darah n Kaunseling.
Benda2 mcm ni mmg sangat bermakna utk orang2 kampung. Sbb memudahkan especially makcik2 n pakcik2 kt kampung ni!
Kucing comel.
Ini salah satu mende buat iols tertarik ni. Tibe2 nampak budak naik beskal ni dtg dgn membawa seekor kucing yg saaaangatler comel. Aduyaii. comel sgt!... Ai pun tertarik lah nk sembang ngn budak ni sambil nk beramah mesre dgn meaww ni. Dtg jugak sorang makcik ni cerita...
Kucing ni mmg suka jalan2 naik basikal ni.. Mmg hari2 dia (budak tu) bawak kucing ni jalan2 satu kampung. Kucing tu x melompat keluar pun. Dia suka duk dalam tu. Comel kan?
Klw la kucing ai bole duk diam mcm tu?! haha (:
Nnt akak2 comel kasi jajan!
Kitorang habis event kt sini around 11++ . Majlis penutup program semua kita settlekan kt kampung ni....
Tolong kemas kerusi semua siap. Kutip sampah dll. N then balik hotel utk makan tghari & checkout !
Lepas habis event ni, ai lepak dkt lobby hotel smpai lepas zohor cenggitu, n then shoot ke Kuantan utk pickup my sis. Sbb ai nk sambung holidaaaaay ke Cherating! Next entry insyaallah!
(:
2 comments:
Wahhh bestnya.. Tak pernah dengar lagi tempat ni setakat ni, mungkin boleh jadi destinasi percutian selepas ni
Bolehh..
Sesuai sgt bawak family dtg sini! :D
Post a Comment