Monday, August 25, 2014

Major Servis Myvi. (Bila perempuan servis kereta)



Previous entry adalah duk ngomel skit pasal Major servis ni. Yg diri ni xtau pun wujud. Hahaha.
Dah lah namanya Major Servis. Belanjanya pun major lah kan.... Oh ye?

Tgh memikir nasib duit yg bakal dilabur. HUHU


Ok meh citaa..

Sblm tu.
Klw wanita2 ni nk servis kereta. Kalau x tau hujung pangkal, mcm saya. Baaaanyak2 lah tanya.. Baaanyak2 lah jugak google. Baca sikit pengalaman org lain servis kereta ni. Klw hampa servis kt pusat servis kereta pun kadang2 bole pusing2. Ini kan pulak kalau servis dkt workshop sana sini tu. Dorang ni pantang tgk perempuan terkontang kanting yg x reti bab keta ni. REZEKI mereka lah tu.

Mcm kali ni mmg dh sampai masa Major Servis utk kete kita haa.. Dh nak sampai 40,000KM pun.
Bila 40,000KM ni tgk budget2 org yang servis sebelumnya, majority update kos dalam RM350 ke RM400 jugak lah. *gulp*

Kebil2 tau mata baca entry orang.

Terus dalam hati mcm.. Isk.. Banyak betul belanja servis kete ni..
Since kita beli keta dgn perodua yang sekarang ni... since last year KOT,
Registration from 15March2013 onwards depa wujud FREE SERVIS 3tahun. Ade lah benda depa kasi free
Antaranya Engine Oil, n Oil Filter.

So nak dijadikan cerita.. Bila Major Servis 40,000KM utk kereta kita ni... Rupanya mmg perodua dh cover few things FREE. 7 barang actually.

Click Photo to Enlarge.

Klw x nampak dlm gambar tu. Untuk servis ke 6th which is 40,000KM
Bende FREE yang akan perodua cover.

  • Engine Oil
  • Oil Filter
  • Air Filter
  • Transmission Oil
  • Radiator Coolant
  • BrakeFluid
  • Transmission Oil Gasket
Okie itu FREE.


Yang cita buat mahal sblm2 ni kita duk baca Timing Belt. Since myvi dh xpakai timing belt. Disitu kos kita dah berkurang dh. Alhamdulillah. Sbb guna timing chain.(Ok ni semua info org kasi n tanya2 sales advisor ok)


Mcm kita sebelum ni, ada benda yg xperlu tukar. Mmg kita tolak. Kata xnak yg tu...xnak yg ni bila dia kasitau. (Sila refer kepada kawan2 yg lebih ariff bab2 kereta ok ladiesssss) .TANYA.

Utk insan2 yg beli kereta yg dapat free servis 3 tahun dgn perodua tu (3 Thn atau mileage (xingat berapa puluh ribu KM) sampai dulu). Bernasib baik lah korang. Less kos.

BUT.. Comeon PERODUA xkan la dia nk kasi korang free servis saja2. Mesti lah ada few things yg korang KENE bayar. Ada benda2 lain yang dia akan offer tukar. Klw korang rasa perlu. Tukkar.

Macam kes kita.. Sbb dh budget yg kononnya RM400 tu dh lesap sbb perodua cover. So benda yg dorang charge seperti dalam resit bawah.

Click photo to enlarge.

  • Spark Plug - RM52
  • Cabin Filter - RM33
  • Gasket - RM8
Sebenornya gasket tu xpayah tukar rasanya. Tp... Tadi mcm legaa sbb xkene servis sampai RM400 aku bole layan je.

Total Amount semua untuk Major Servis dgn Pakej FREE SERVIS perodua 3tahun tu RM93.
Tiada charge upah dikenakan. FREE.

Syukur sangat lah. Lain amount dr budget2 yg kita duk baca online. MAYBE yg servis sampai rm400 tu, model perodua yang lama. AND tak termasuk dalam pakej FREE SERVIS 3Tahun dgn perodua.


Tapi apa2 pun.. Kalau dh namanya pun perempuan kan... B4 korang buat servis apa2 refer lah pada yg pakar. Tanya kawan2... Yg mahir.. Ape yg patut, apa yang tidak. So that lepas korang servis, xlah rasa sia2 n membazir ke hapa. Oraittt ladies?

Pagi tadi,
Lepas breakfast terus pegi anta kereta. PA tlg anta. And tgglkan kereta utk Major servis, it takes approx 2hours++



 Coffee/ Tea Bihun goreng anyone?

Macam biasa lah pagi2 kalau pergi pusat servis mana2 pun mmg akan ade sediakan breakfast kan. Nasib la dh bfast dulu. Klw x, bersidai jugak lah bfast sambil menunggu.

Harap sikit2 info ni dpt lah tolong. Kita ni pun baru nk belaja buat2 sendiri. Mmg lah banyak menanya.
Org kata 'Malu tanya sesat jalan'

Konsep servis keta ni plak.

' Malu bertanya, duit kene lenjan '

So overall urusan dkt perodua OK saja semuanya lancar. (mmg selalu servis kt perodua pun sementara tgh FREE ni)

Take care n Ciaw! (: 






No comments: