Tuesday, June 17, 2014

Short Getaway, Sekeping Tenggiri

Nama sekeping tenggiri.

Nak sedap ke nak pelik ni?

Tapi nak share sbb port ni best. Sekeping Tenggiri port kita short getaway itu hari.
Bulan lepas punya citaa. Baru rajin nk share. Sbb asyik bertangguh je.

Banyak share photo jugak dkt Instagram! Bila dh banyak share kt sana.. Tak termasuk lah dlm blog ni.

Pendek cita.. Awal bulan mei kot (kalau x silap) ayah n ibu ke johor. Diorang mmg kerap turun naik johor 2 3 bulan kebelakangan ni. So kebanyakkan masa kt rumah kalu wkend tu mmg boring la. Walaupun kadang2 masa kat rumah tu banyak dihabiskan dalam bilik je.

But still BORING tu ada bila tada org kat rumah. Since around mei tu BFF merangkap PA kita kt opis tu nikah! Dia dgn confidentnya suh kita jd mak andam. BRING IT ON. Eceyh.

Sbb rumahnya kt KL. Aku ni malas nk kelam kelibut. So tu plan checkin ke SEKEPING TENGGIRI. Baru nk mula cita sekeping tenggiri haaa... Lama intro. haha


Haritu sampai2 Lokasi Sekeping Tenggiri, terus checkin. Berpandukan waze sampai depan bungalow.
Musykil masa nk masuk.. Mana satu pintu masuk nya ntah. Smpai salah masuk pintu belakang la.. Nasib si Lal (penjaga rumah) sempat perasan aku salah masuk pintu.

Suka2 je dtg umah org masuk pintu belakang. hahaha..

Aku checkin around2 jugak la kot. Sampai2 ade couple pengantin baru (kot) tgh buat photoshoot kawin. Bersalin2 baju. Kemain.

Haritu booking mmg nk bilik yg depan pool. So sekeping tenggiri reserve kan L garden Room utk kita.
RM220 Per night. Standby cash ye. Xde ATM machine CREDIT CARD nk swipe. haha

Ok L garden room, dua katil single. Dalam bilik ada TV DVD player. Bilik Ada kipas, ada aircond juga!
Bilik air..

 L Garden Room

 
 Ini rupanya L garden room. Style pintu lipat2 tu. Klw korang lepak ramai2 dgn kawan2 ko.. pintu bilik tu buka luas2... siapa nk terjun.. pool depan bilik je! Silakan. ahhaha..

 Kalau korang perasan kt luar tu ade org duk photoshoot lg tu. Aku pun segan nk bukak pintu seluas alam. hahha

 
 Tadaaa.... Tu pool berapa langkah je dr bilik. Ape tak syok nye. Dah persekitaran bali style! Aku duduk sini siang mmg sorang. Belah malam bff dtg lepak. sembang2... Malam girlfrens zana tido sama. Sbb malam tu kitorang redah kt bangsar tu amik zana. (Sekeping tenggiri ni pon mmg dkt bangsar haaaa)

 Ni lah view dr luar bilik. Seberang sana tu port lepak... Makan2.. ada dapo.. microwave... milo...teh... dll sila layan diri... Ada tv with astro. Layan la drama sat kt situ sambil dinner. Seronok klw dtg ramai2 dgn kawan2.

Kita ni pon redah ke sekeping tenggiri sebab nk rileks2 je.. Takde la bawak sekampong.




Bila dh nak senja.. BFF ku, si nad sampai... Siap tapaukan dinner. Tu dia tgh bersilat kt dapo la tu.. Tlg hidang. hahaha.. Member smpai lewat gk la.. around 7pm. Gambar kt atas ni lepas kt ruang makan sekeping tenggiri.
 Seberang sana tu bilik kita.. Kt luar ada kerusi santai dua bijik. Bersantai lah kau.. mmg aman duduk kt sini... 2 malam je x puas rasanya.


Tapi kt sini x menahannya malam bernyamuk sikit. Bila nk senja, caretaker akan letak ubat nyamuk depan pintu bilik ko. Bukan ubat nyamuk spray tu tau. Ubat nyamukkkk bako tu. Baru fefeeling kampung skit. Wpun ko acah2 mcm kt bali konon!



Nasib2 ler.. aku malam tido mmg buka kelambu.. Selamat dr gigitan nyamuk!

Kalau tgh lepak sambil bergossip tu kadang2 kene gak hinggap sekor dua.. haha.. Tp ok je.. sesekali merasa gigitan nyamuk bando!


 
 Penjaga.

Ok lagi satu. Korang jgn terkezut tau. Kt bunglo ni ada dua ekor anjing yg diambil dr SPCA. Tau kan SPCA? Haa namanya Pulau n Ketam. Ok ok. rileks. Jangan risau.. Depa ni duduk kt ruang legar atas tu je. Dgn si Lal (House caretaker) Tugasnye pulau n ketam ni..Depa ni akan menyalak klau ade benda2 asing yg depa nampak. Klw korang lepak2 kt bawah tu pulau nketam x cara pon. Xheran dia ngn korang. Don't worry ya.

 Misi belah malam... Kita lepak dgn gadis2. sambil bersembang2.. cikedis2 tu semua duk beli masa nk amik zana dkt rumah.. buat kudap kudapan! tp dorang ni jenis makan x banyak. aku je beriya makan! hnns hnns hnss...




 Bila dah malam.. Kelambu tu haruslah di labuhkan.. Romantik ke tidok? Tidur dalam kelambu. Dolu2 suka nauuu tido dlm kelambu.. Sambil main perang2.. Dah tua tua bangka ni.. xde heran tido dlm kelambu pon.

Ni pon madahnya sbb tempat bernyamuk skit. So nk tido lena... labuhkan kelambu tu.

Bagi aku port sekeping tenggiri ni sesuai ah short getaway kalu korang nk rileks2 tapi malas nk drive jejauh ke luar bandar. Mmg dkt tgh2 area bangsar pon bunglo ni. Kat area bukit pantai.

Nk tau lagi info bole google je Sekeping tenggiri!

B4 aku tutup entry sekeping tenggiri ni.. Aku nk share la bilik2 yg ada dkt belah atas bunglow ni.. Belah atas bilik luas lagi. And mahal skit. Bole duduk 4 5 orang gak la...


 Gambar pool ni view dr bilik atas.

 Bilik ni ada bersmbung lagi ke atas... Nama bilik ni LOFT. Ok Loft ni skali dgn gambar kt bawah ni.
Cool.
 Ruang atas tu ada lg katil.
Yang kita perasan semua bilik dkt sekeping tenggiri ni semua ada AIRCOND :D

Klw korang nk tgk gambar bilik2 lain ushar website SEKEPING TENGGIRI 

Kita perati bilik Skyview room pon mcm best! Ko baring... atas bumbung clear, nampak awan..nampak bintang! wheee...

Ok gambar bawah ni bilik Courtyard Glass room. Bilik ni terpencil skit. Dia belah bawah, sebelah tempat lepak makan.. Kira tersorok skit. Ruang ko nak carik ilham.. sesuai gak kot ko lepak kt Courtyard glass room ni.
Courtyard GlassRoom

Gambar dr SEKEPING Tenggiri website.

Hopefully entry ni dpt lah bagi info sikit kt korang kalau nk chill dgn kawan2 dkt area kl ni. Nk honeymoon pendek2 kt sini pon boleh!

Skrg ni tgh survey villa D'oria pon dkt bangsar. Next short getaway maybe?

see ya! 

Tq sudi baca :)

No comments: