Tuesday, May 8, 2018

HIV Test (Kahwin) KK Presint 9, Putrajaya

Assalamualaikum wbt.

8 May 2018, Menaip jejari ni dkt ruang blog ni. Nak share info utk yang duk pikir2 nk buat HIV test kot nak kawin.

Fact1. HIV test kene buat dalam tempoh 3 bulan nk kahwin.
Result valid 3bulan shj!

Smlm b4 dtg klinik call, tanya kene buat appointment atau walkin?
Katanya boleh walkin, tp by the time kite call tu jam 10am, kataya dh full.
Kene dtg 2pm-4pm next day. Hmm?

Tapi harini saya mai dtg jam 7.45AM. Urusan settle around 8.40AM.

Bagi 1st timer yg mai KK Presint9 Putrajaya, mcm biasa di luar pintu masuk (kanan) sblm masuk ruang menunggu, ada kaunter ambil no. (Kite yg mula2 dtg KK  P9 ni, xperasan kaunter tu)

Tunggu No dipanggil utk pendaftaran.

Semasa di kaunter pertama, staff bagi borang, isi (Borong ujian HIV test utk perkahwinan). And dpt no baru (berserta barcode)

Tunggu lagi utk ke kaunter kedua, triage. Untuk pengesahan details. (And soalan ditanya dtg sorang atau bersama pasangan)
Next, Kita diminta utk ke bilik Prosedur 21.

Dkt situ, ujian darah diambil. Less than 5min pon.

Next, staff mintak kita ke Ruang A. (Bilik No.5) untuk ambil result.
Sebelum tu, makesure, di Ruang A, ada kaunter untuk scan barcode, which is details kita ada kat situ, KENE SCAN kalau x, no x dipanggil untuk ambil result ya. Jenuh menunggu nanti xpasal2!

Once dh scan, tggu x smpai 10min pon, dh diseru. Doctor cop cop borang, sahkan HIV Non Reactive, (Boleh la pi kahwin) . Ok, boleh balik kahwin doctor kata!

Alhamdulillah. Settle 1 bab. 73Days until my BigDay!

NotaKaki I   : Better datang awal, untuk mudahkan urusan.
NotaKaki II  : Klw dh lewat tu, better dtg pulak next session jam 2PM - 4PM tu!
NotaKaki III : Yang lama menunggu tu, nk tggu pendaftaran pertama, untuk kaunter mula mula skali.
NotaKaki IV : Klw call KK P9 tu, bawak2 bersabar mmg call lama sgt nk jawab. Sabar ya.
NotaKaki V  : Tak payah la bawak borang2 nikah nk kawin korang tu, semua bende tu x perlu. Bwk IC!
Post a Comment