Tuesday, May 28, 2013

Short Vacay ke Yogjakarta! Part I

Pertama kali kite jejak negara jiran seberang sana. Sblm ni jenguk ke singapore je.
Tahun ni ade rezeki alhamdulillah, sampai ke Yogja! :)

Cam biasa kalaw vacay, story dia mesti bersambung2! Kita start Part 1 dolu!

Pergi dgn ex-schoolmates & kawan2! Trip kali ni 20 orang yang dpt join!
Selepas berbulan2 plan, sesi membeli tix, tempat transportation n tempat penginapan. Akhirnya sampei jugak date fly!

Eksaited!

Trip dgn kawan2 mmg seronok. Wpun ade sikit2 memeningkan kepala. But overall, semua dh beso panjang. Dah ada laki bini. Pandai lah behave their self sendiri.

Flight kitorang jam 9.30am. So plan nya, around 8 - 8.30am semua dah berkumpul dkt LCCT lah. Most of em' dr bangsar mmg gerak together2 dr KL sentral ke LCCT. Shud be dr KLsentral pukul7 dah cabut gerak ke LCCT! Penyudahnya ade couple husband n wife ni tercicir! Pukul 7.30 baru bangun tido! Paham? Baru bangun tido. Haruslah lenlain selamatkan diri checkin dolu. N pasangan husband n wife ni mencicit drive aku syak mcm ferrari dh. Sampai LCCT just on time. Nasib x kene tggl!

Hey ho! Lets' go.

Dah selamat take off! Awan cantik hari fly tu.

Cuma masa nk landing, cuaca agak tidak berapa nk baik. Lama jugak kami main pusing2 atas awan tu. Langgar awan bak main rollercoaster. Hahahah.. And masa touch down pon agak haru lah. Tp alhamdulillah selamat landing. 

Once dh landing, kami lelaju keluar (since duduk dkt hot seats) sbb segala urusan kt airport yogjakarta ni manual. So, agak lems! Keluar2 je ramai lah pak supir yg dah menanti dkt luar! Sambil aku duk tercarik2 gak, mana satu mas donny (driver kitorang) sementara tunggu yg lain lepas imigresen sana. Antara yg awal keluor aku lah.

 Tuh dia Mas Donny!

Dia yg datang dekat approach aku. Sambil tgk2 penuh tanda tanya n keluarkan kertas SPEXTRE tu. Aku gelak la. Hahaha itu nama group budak2 yg duk bawak p Yogja ni. Kitorang pakai 3 kenderaan berupa avanza n van kotak suzuki! Muat lah 20 orang :D


Lepas semua dh settle, kami plan checkin dolu! Semua nk freshen' up n solat siap2. Aku pun jamak solat sesiap! Senang hati skit nk berjalan. Settle hotel, isi perut dulu.

Day 1, nak makan.. Emm Ok lah, xberani nk order pelik2. So order Nasi Ayam penyet! Sambal dia best. Air melon! Aku ingat watermelon kaler merah tu. Sekali sampai kaler ijo! Pelik. Tapi nasib sedap! hehehe rupanya lebih rasa ke tembikai susu! Legaa tekak dpt air sejoook.

Cuaca kat sana mmg hangat dia agak berdenting skit. So mmg kt sana kerjanya membeli air mineral water saja! Selesai aje lunch. Tanpa membuang masa kami terus ke agenda day 1! Jenjalan melihat candi. Antara benda femes dkt yogja. Kitorang pergi candi kecik2 je. Sbb tak ramai yg berminat nk tgk memenda sejarah ni. Candi borobudur pong kami just ushar dr jauh je. Sbb xlalu nk mendaki. Malas. Makanya decide jenguk cecandi yg kecil2, antaranya Candi Sambisari mcm kat bawah ni. N Candi Plaosan! :)

Candi Sambisari!

 (Tak tau nk rotate! biaq pi situ senget! haha)

 Ini di Candi Plaosan!

 Sekitar candi plaosan

 Masa visit candi plaosan ni, hari baru lepas hojan. Makanya ramai yg dah lemau. Hari pon dah nk  ke petang. Ade separuh yg x masuk lepak dlm kereta. And ade berapa kerat je masuk ke Candi Plaosan ni. Ade beberapa ketul candi kt sini. Sempat lah kami menelaah skit cecandi kat sana dikala hojan lebat.

Bila hari dh makin gelap (kat sana gelap awal, dalam jam 6 mcmtu) kami beransur ke area malioboro tempat kami menginap, n sebelum balik sempat singgah RUMAH BATIK. Org kata cuci mata sebelum mula misi menyopping di Yogjakarta! Yeeeeha!


Disebelah malam nya, kami dinner di street Malioboro. Dekat je dgn hotel (kami stay di Gloria Amanda) makanya menapak aja.


Dinner malam day 1 ni kelakar!! Sbb jenuh la aku dgn si nad membelek menu ape yg nk dicekik ni. Perut mmg dah kriuk kriuk! Belek punya belek Nasi Goreng special jelah. Yg lain2 try dia punya nasi goreng ayam bebagai. Bila menu sampai je. Aku dgn nad gelak bila tgk nasi goreng spesel dia. Spesel dia hanya telur. Bagai telur dadar! HAHAHAH. Special sgt? Agaknya kt Yogja ni telur lebih spesel dr AYAM! T____T

Dah la nasi goreng dgn telur. Masin pulak. hukhukhuk. Tp dek kerana lapar, ku sental jua! Sambil dihiburkan pemusik jalanan!



Bila perut sudah kenyang. Kami punya plan mlm tu naik beca secara berjemaah! Pengayuh beca kami sudah booked lebih kurang 8-10 bijik beca! Hahaha KONVOI beca kau sekitar malioboro n yogja! Happening n seronok! :)

Ready, ronda Yogjakarta!! woohoo


Sambil2 pusing dengan beca, adelah pitstop2 yang menarik pengayuh beca kami berhenti, kasi kami lite shopping. Sakan lah semua nyopping. Wpun lite2. Masih beringat, esok masih ada. So kene budget2 gak. Dalam naik2 beca dh ke malam hari berganjak ke jam 10++ hujan rintik. Masa mula2 depa sarungkan jugak la kain tutup beca tu. Dgn plastik jernih. Bila dah duk berenti2 abg beca dh x lalu nk tutup. Bila dh last pitstop, abg beca merempit (beca dorang ade sesetengah siap moto, so klw penat kayuh start je enjin moto) dia bantai redah hujan rintik2 tu, bayangkan dimalam hari, kene dingin hujan. Menggelupur aku.

Nasib lah dr last pitstop, ke hotel kitorang tu dekat! phewww!

Malam tu semua berehat. Lepak kt hotel sementara nk tggu lena, aku layan tv, siaran dia banyak talkshow, manjang muka JUDIKA aje. haha. Mlm pertama, tido lewat, layan sembang dgn haziq sampai 3pagi. Lps tu baru tido. Dpt la lena kejap, Sebelum misi hari kedua bermula! 

ps: Subuh kt sana pon awal, since kat sana matahari naik awal. Jgn terlajak ye!

Sambung:  part II


Post a Comment