Short getaway sambung lepas settle di Gambang 3H2M,
kita ke Cherating lagi 3H2M.
Oh ya.. Bole checkout di INSTAGRAM [hashtag] #dillatravelogue bole tgk gambar2 masa kt cherating n cuti2 yang lain ya!
Seronok nau nau klw mcm ni setiap bulan. haha. Tp tu semua harapan tinggal harapan ler.(Tp Minggu depan nk g PD pulak. Pls be jelouse)
Lepas habis di Kuantan tu checkout. Kita lepak jap di lobby area, sbb timing nk kekuantan amik mysis dtg naik bus!
Punye la ye ye tggu tau. Lepas dh gerak tu... rupanya... Bus ekspress yg dia naik tu lalu gambang! Cheh. Kalau ku tahu, kutunggu aja di Gambang tu. Mmg lalu jalan sama rupanya.
Nk ke kuantan tu ai ok je ikot jalan lama. Tanya direction dgn my frens. Sekali ai follow nye follow. Ntah sampai mana. I tuju terus ke bando kuantan. Dh le stesen bus baru kuantan dh ubah lokasi. aih pening.
Smpai tgh bando kuantan tu, terpaksa la jugak menggunakan khidmat waze.
Sampai lah jugak ke destinasi stesen bus baru kuantan tu. Mmg agak jauh dr lokasi stesen bus lama. Mysis kene tggu dlm 15min gak lah lps dia sampai tu. Nasib waze bawak ikot jalan2 dalam, dpt gak la elak those traffic light dkt main road yg ai tgk berjela2.
Lps pickup mysis, terus ai menuju ke KEMAMAN. Berpandukan signboard kemaman, dgn kadar ke confident-an yg ok ok. Hasil study sblm2 tu. Dpt lah jumpe port kami bermalam 3H2M dkt Cherating tu.
Kami stay di LagendResort, Cherating.
Since kami stay kt sini mmg FREE. Sbb biasa lah, hasil join vacation club sana sini tu. Ehsan drpd my SIL. yg xguna2. Jadi biar ai baik hati menggunakannya. hehehehe.
Dlm bilik VILLA. Jauuuuuh sgt dr lobby ekceli. Mula2 mcm seram gak sbb jauh kau. Esoknya... The whole area LagendResort penuh! Lega sbb dh meriah. hehe.
DAY 1.
Lepas dh checkin semua siap. Lepak2, solat segala semua awal2. Kami mulakan perjalanan. Merayap area cherating.
Dari villa kami view nye mengadap pantai. Jauh skit. Tp still nampak. Keluar amik angin skit je dulu. Ptg kang kami jalan tepi pantai.
Tempat pertama nk tuju, kami ke Pusat Sanctuary penyu. Dr Lagend Resort sbnrnya xlah jauh sgt. Ade dlm 10-15min je perjalanan naik kereta. Pusat Sanctuary penyu atas lagi skit dr Kg Cherating (Kg Cherating ni kira mcm versi Pantai Chenang klw dkt Langkawi. Haaa gitu)
Landmark nk ke Pusat Sanctuary penyu ni Club Med. (Fuhhh teringin nk masuk tp xmampu).
Klw korang perasan club med cherating, dia mmg satu simpang lah dgn pusat sanctuary penyu ni. Malangnya....... Kami sampai petang tu dh tutup pusat sanctuary itu. Ada satu family pun baru smpai xdpt masuk sama. Kami sengih jela sesama sendiri.
Ai patah balik menuju ke resort. Smbil memikir nk tapau apa makan mlm ni.
Otw blk ke hotel. Ternampak signboard Kg Cherating tu (Mula2 xtau Kg Cherating ni Port chalet2 kt Cherating). Ai dgn saja saja nye terus masuk ke Kg Cherating tu. (Landmark kg cheraring ni korang akan nampak Residence Inn, masuk simpang tu) Masuk2 je nampak lah backpacker2 tgh jalan. N tibe2 nampak signboard Hafiz's Cherating Activities (HCA). Nama tempat ni lah kita duk google sebelum dtg cherating.
Depan Hafiz Cherating Act.
Hafiz Cherating Aktiviti ni handle aktiviti mcm:
- Firefly Watching Trip
- Mangroove River Cruise
- Snorkeling Trip
- River Kayaking
- Deep Sea Fishing Trip
Ptg tu kami set appointment dengan HCA. Untuk sesi malam pertama kami di cherating.
Kami p tgk kelip2! Yay! Plus kami set jugak appointment tgk penyu untuk malam berikutnya! (:
Untuk fireflyyy watching trip,
Satu jam per sesi.
Selesai buat appointment. Kami balik ke hotel, b4 sampai hotel tapau makan! Kami x pergi lah makan seafoood lagi. Sbb berdua ni. Kami tapau makan biasa2 je. Makan goreng n tapau lauk utk supper sekali. Heheh (penyudahnya lauk tu kami sental esok paginya lepas bangun tido!!) Dan tak lupa jugak tapau KEROPOK LEKOR utk makan sambil merayap di pantai!
Ni area Lobby Hotel Lagend Resort.
Belanja Selfie satu!
Sekitar hotel ada jambatan gantung.
Dekat hotel ni yg menariknya ada 2 jenis pool. 1 jenis pool biru. Korang boleh mandi kalau xpakai baju renang pon. Ini yg bestnya kolam renang legendresort ni. Xyah pening2 nk sumingsuit bebagai.
Tapi untuk jenis kolam renang yg bewarna hijau laut. Korang KENE pakai baju renang.
Tapi masa kami dtg ni, kolam renang hijau tu tengah renovate. xheran pon. Sbb kami berendam dkt pool biruuu... hehe.
Okeyyy ini view dr bilik!
sebelah kiri n atas kami ada bilik gak.
Area villa kami ni kira, 1 blok ada 4 villa. 2 atas 2 bawah. And ada beberapa blok lagi.
Malam lepas maghrib dengan tak sabar nya around 8PM kot kami dah gerak ke HCA utk tgk kelip2.
Day1 xdpt budget lagi timing nk ke Kg Cherating. Bila drive dekat je rupanya dalam 10min gitu. Sampai2 je staff dia tegur.. Hiii... Awalnya! Heh. Malu kejap. (Dalam hati, ai mmg suka dtg awal, xnak nnt org menunggu kehkehkeh)
Sementara tggu En Hafiz selesai dgn sesi pertama, kami lepak dalam teratak HCA yang baaaaanyak sgt info2 pasal kelip2, kura2, penyu, n pasal hutan paya bakau!
Dah reaaaadyyy nak naik boat!
Untuk sesi Fireflyyyy watching trip, Kami ambil sesi jam 8.30PM! B4 naik boat kami diberikan taklimat oleh en. Hafiz sendiri. Dia bagi penerangan sikit pasal kelip2 ni. Di Sg Cherating ada 1 spesis kelip2 saja. Berbeza dgn kelip2 di kuala selangor n lain2 tempat yg ada kelip2 ni.
Dengar taklimat dr en hafiz je pun dh excited! Tak sabar2 nk naik boat. Mlm tu ade trip budak sekolah sekali. sekolah rendah. So sekali jalan ade lah 4boat jugak!
Yg lain2 tgh nak naik boat!
FYI Masa trip kelip2 ni camera tidak dibenarkan. Cahaya LED dr phone or camera akan mengganggu trip kita. N menjauhkan kelip2. Wpun tanpa flash tak dibenarkan ye. Phone pun sila lah letak dlm MODE SILENT.
En Hafiz mmg ada cara tersendiri berinteraksi dengan kelip2 ni. Dia menggunakan 2 jenis lampu suluh kot. Dia bole panggil kelip2 tu untuk dtg dekat dgn kita. Saya dpt pegang kelip2 tu. Waaaaa sgt syiok! Masa trip tu kita berjalan dgn budak2 sekolah ni riuh skit la. Mybe En Hafiz paham keadaan malam tu, bila dh nk sampai sejam, en hafiz suh driver boat yg lain bw trip budak sekolah tu balik ke jetty dulu. N kami yg satu boat lagi ni (plus beberapa pelancong yg naik satu boat ngn kami ni) en hafiz bawak jalannnn lagi meyusuri sungai layan kelip2! Labih dari satu jam ok. Saya rasa sampai 2 jam jugak.
And seingat saya.. Saya sampai terlelap jugak atas boat tu. Mana tak nya..... Sejukkkk je... Plus penat dekat gambang x hilang lagi.. Sedap saya terlelap. Ahahaha.
Tapi mmg trip kelip2 dgn HCA ni BEST! Lima Bintang saya kasi. Korang kene try bila dtg cherating OK!?
Balik hotel dah malam. Balik bilik lepak2 sampai tertidur dengan lenaaaanya. Sampai nyaris terbabas waktu subuh! huhuhu Naaasib.
Next entry kita sambut PART II Cherating ya!
(:
No comments:
Post a Comment