Thursday, September 15, 2016

DillaTravelogue Ranah Minang Bukit Tinggi, Padang 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.


Sesungguhnya lama menanti trip Bukit Tinggi - Padang ni. Lama dh kami beli tiket. Tiket Promo yg cuma RM67 (Return tix). Daripada berbulan sampai tinggal seminggu. Study Bukit Tinggi tak habis2! Hahaha. Sampai sudah Itenary nya aku main catit2 dalam buku log. Asalnya ada 5hamba Allah yg aku belikan tiket bersama. 2 tiket BURN!

Baiklah.

Den cubo-cubo batanam mumbang
Kok untuang jadi kalapo
Den cubo-cubo batanam sayang
Kok untuang manjadi cinto
          Sumber Kumpulan Pantun Minang

Mmg jadi cinto den kek Ranah Minang ni.

Nak kembali berkongsi pengalaman ke tempat orang.
Ini kali, excitednya lain. Tak sama.


Sungguh tak sama mcm pergi ke Seoul, Yogjakarta, Ho Chi Minh, Singapore dan negara2 lain yang pernah kita pi sendiri..


Walaupun dah kembali ke Malaysia.. Tangan ni terus mencari-menstudy lagi menariknya ranah minang. Ya Allah. Rindunya saya tempat org itu. InsyaAllah 2017, kita  Hashtag explorepadang. Siapa nak ikut Hashtag TravelAgencyDillaTenangAja? (Tenang aja, itu tagline pa'unchu weh.. Siapa pa'unchu? Nnt kita kenalkan) .

Ini kali... Perginya santai tenang, asyik cuci mata. Asyik tgk kehijauan bumi Allah. Subhanallah.. Subhanallah.. Itu saja yg tedetik dalam hati melihat keindahhan bumi Allah. Toleh kiri, cuit kakak sebelah, "Tengok tu, Cantiknya.." Cuit lagi "Tu, hijau nya" Cuit lagi "Lawa rumah gonjong tu"

Amboi bercuit-cuitan.

Naaah, mcm nk mendeklamasi sajak pulak sejak bermenjak tak mengetuk aksara di medan blogging ini. Sudah. Sebelum membelok ntah kemana-mana lebih merapiak. Biar kita mulakan dengan Bismillah.


(Kejap keyboard aku ni aksara R dia gila tau. Klw korang terbaca ejaan R itu hilang, korang bikin faham sajalah ya. Jenuh aku mengetuk tekan huruf R tu kuat2. Mencik)

#Dillatravelogue Ranah Minang Bukit Tinggi, Padang Indonesia bersama #TheBujengs.
4 sept - 8sept 2016.

Partner bersama ini kali.
Seorang kakak Namanya Azie a.k.a Ajie a.k.a Buk Azie 
Seorang kakak lagi merangkap kakak juga merangkap Pak. Namanya Wid a.k.a Un Sign a.k.a Pa' Wid 

Ini semua kakak2 ku merangkap sahabat & kenalan di pejabat.
Asalnya juga yg nak ikut seorang lagi PA saya, yakni sedang cuti pantang. Nasib kamu lah Rasyidah. Next year lah pi kendong anak, kalau hang mampu nak ikut DillaTravelAgencyTenangAja Hashtag!

DAY 1

Sebelum subuh aku dah turun naik rumah. Nk kejutkan sang adik yg membuta dekat hall utk hantar p Airport. Selalunya Ayah. Akan tetapi ayah nk menebas padang golf!

5.30 Beransur dari rumah ke KLIA 2. Taklah jauh. Dlm 25min. Singgah drivethru tapau makan. Sbb kat airport kang malas berkejor makan bagai.

6++ Sahabat2 mencari port untuk solat etc.

Menunggu Buk Azie sampai. 7.05 Kami berjemaah menapak ke Gate ntah berapa belas (17 xsilap) Ya Ampun, bagai bersenaman... Sempat pesan kepada Pa' Wid, text Pa' Unchu jumpa nanti di Int Aiport Minangkabau.

Tak lama kemudian, kami take off. Sempat lelap kejap dlm flight. Wpun perjalanan x lamo mano do.. 1jam 5min ja.
Bila dah mula nampak Bumi Padang.
Subhanallah. Hijau masih lagi. Kepadatan bumi Padang, buat makin teruja.

Alhamdulillah Jam 8.05am waktu Pdg, Kami touch down. Segala urusan keluar cop passport di Minangkabau Internasional Airport ini MANUAL.

Maka kita  & Azie jadi HambaAllah paling akhir cop passport keluar. Padan lah keluar dr airport terus Pa' Unchu mcm ye ye kenal. Rupanya aku yg terakhir! Hahaha. Tenang aja ya.

Alhamdulillah, dijemput oleh Pa' Unchu merangkap pemandu cum Tour Guide kami jugak. Dkt Bukit Tinggi - Padang ni lokasi nya jauh jauh. Makanya ada pemandu & transport terus bagi melancarkan perjalanan. 

Pa' Unchu itu jemput kami lagi pakai mini bus. Yang ku agak2 ada bole muat 12 - 15 orang. Yang dtg kami ni lagi bertiga. Tenang aja.. Itu bagi menjemput, nnt ptg pa' unchu kasi pakai Avanza. Tenang lagi, harganya tetap sama sepeti janji yg sudah dimetera'i. 

Naah. VVIP bukan?
Tinted gelap, sehinggakan Buk Azie pikir hari sudah malam! Hahaha.
Selesa yg amat. 


 Kenalkan Pa' Unchu - Pa' Wid (Wid) - Me - Ajie

Excited mau mulakan #ExplorePadang!

Awal2 lagi Pa' unchu dh pesan, Jgn lupa ambil photo banyak2! Seriously, mmg banyak den snap. Travel kalini pulak tidak dibawaknya apa2 camera, 100% hasil dari SAMSUNG N3 den ni ha. Tak apa... Tenang aja... (Dah terkenang2 kata Pa' unchu ni.. Tenang aja.. Steady lah Pa' Unchu)

Sebelum pegi lebih jauh ke Province (Kat sini mcm daerah lah) sekitar Bukit Tinggi sana. Soalan Pa' Unchu, sudah lapar? Mau kata tidak?! Haruslah lapar.

Singgah sini, mencoba Soto Daging Kerbau.
Yg aku suka ditempat org itu, kalau makannya diserta sekali air putih. 


Merasa sup daging kobau.
Sedap. Rangup. Sedap!!


Alhamdulillah. Dah kenyang perut, kita mulakan perjalanan ke Bukit Tinggi/ Padang  Panjang dengan beberapa pitstop. Dari Airport Minangkabau itu ke Bukit Tinggi jauhkan lebih kurang 90KM. Laluan disana jalan kg. Nasib trip kalini tiada yg mabuk kepayang. Steady semua menikmati permandangan. Cumanya si wid tau2 bau minyak angin FRESH CARE nya. Hahahah. Tp bukan mabuk kepayang sgt la.


.


.


.

Lembah Anai 
Orang Padang sebut Aia Tajun atau Aia Mancua Lembah Anai.
Lokasinya dipinggir jalan raya yg menghubungkan Kota Padang - Bukit Tinggi. Atau lebih tepat Nagari Singgalang, Kecamatan Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatra Barat.



Gambar bertiga pasti ada. Kerana Pa' Unchu rajin sgt tlg ambilkan photo2 nya.
Tak perlu disua. Mesti Pa' Unchu yg offer tlg ambilkan. 
Shot dia bukan asal boleh ok! Hebat lagi dr tangan sendiri.


Dilembah Anai  kami main kuis kuis  air je. Sblm smpai sini terlelap kejap (Mlm b4 fly xtido wei banyak hal kene settle). Nk lelap lama2 sayang terlepas pemandangan cantik2. Sangat rugi siapa kejanya membuta dlm kereta. Dapat segarkan mata kt sini. Aia  nya sejuuuuuuk!


.

.


.


Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang (PDIKM)


Sampai dekat sini kami tetarik dengan og duk bepakaian minang ni. Cantik. Yang memasing pakai tu cantik. Nasib la size ku yg chomel ni masih ada. Almaklumla, org org minang di sini semua halus2. Serius kita x jumpa yg chubby atau berisi pon. Klw ada, tu mgkin dr MALAYSIA jugak. Hahaha


Terus kelangsingan. Tenang, Jgn percaya ini semua halusinasi camera. Mana mungkin aku sekurus itu. Jari hebat Pa' Unchu.


Thanks buat Pa' Unchu berjaya membuatkan kami nampak kurus banyak! :D



Sikit lagi nak sama saja dengan pelamin.
Di PDIKM ini tempatnya betujuan kongsi informasi kebudayaan Minangkabau itu sendiri. Nothing much to explore (Itu kita la yg malas. Klw korang pegi korang explore. Rugi nnt. Sbb kita dah terasyik dengan baju minang. Bergambar je keje)

Sepersalinan di PDIKM ni Rp30,000 sahaja.


.


.


.



Kg Pandai Sikek

          Mandaki jalan Pandai Sikek,
          Menurun jalan Kayu Jati,
          Dima hati indak kamaupek,
         Awak takicuah,
         Oi Oi… ayam den lapeh


Oh lirik lagu. Nyesal xhafal. Yg kutahu ayam den lapeh saja.
Xboleh nk eksen nyanyi dkt Pa' Unchu! Hahaha



Baik, sambung..
   
Kami sampai sini selepas hari hujan. Subhanallah, view nya. Breathtaking betul. Segarr sgt rasanya.
Korang mesti dgr nama Kg Pandai Sikek ni... Dengan sebutan 'Pandai sikit' kan?

Meh kita explain kat bawah.

Kg Pandai Sikek, Sawah padi nun disana botingkek tingkek.


Kg Pandai Sikek. Sikek means sisir. Terkenal dengan kemahiran kepandaian org kampung yg pandai sisir. a.k.a menenun/ menyulam dan pandai menghasilkan industri kampung mcm bertukang pun ya. Itulah dpt nama kg ni.

Kami kat sini singgah kedai sulam. Boleh survey2 harga. Xpayah beli pon xpa. Sepatutnya kt sini ada kilang menyulam kalau xsilap. Tp dah tiada ke mcm mana ntah. Kebanyakkan org menyulam dr rumah shj sekarang. So kami dapat cuci mata tgk sulam sulaman dikedai saja.



.

.


.

Bika Talago a.k.a Kuih Neraka
Next Pa' Unchu kata nk bawak kami makan Kuih Neraka. Haa? Kuih neraka? Apakah?
a.k.a Bika Talago.

Ini dia kedai menjual kuih Bika Talago
Makan Bika, tepi telago. Mana telago?

Sebelah kedai ni ada telaga atau danau. Masa sampai aku perati. Ini apa? (tak tertanya dekat pa'unchu)  Penuh dengan Bunga Teratai (kot.. Sbb aku tanya Ajie, apa tu. Dia kata teratai. Klw dia salah maka, aku salah lah.)


Kita share telaga/ danau sebelah warung Bika Talago ni utk gambaran korang. Sumber GOOGLE. 
Sumbe google. Credit to Syed Amran. Masa kami di Bika Talago, Danau tu penuh. Langsung x nampak air. Cantik luas mcm padang. Rupanya Danau.

Begitu sedikit alkisah Bika Talago.

Kenapa Bika Talago dipanggil jugak Kuih Neraka? Gayanya dibakar, dimasak dengan kayu api. Atas & bawah kayu api. Pa' Unchu kata jgn tanya rasanya gimana. Kene rasa sendiri. Kami bab makan2 ni Ok je. Kene plak cuaca baru lepas hujan. Mmg sedap la pekena kuih neraka paneh2.


           Kalau sanak ka pulang 
           Jan lupo baok baka
           Kalau sanak ka padangpanjang
           Jan lupo bali bika

            Sumber Infosumbar.net

Bika Talago sedang dimasak.

Gaya dimasak

Tu rupa dia. 2 flavor. 1 Gula Merah ada cmpur pisang jgk kot. 1 Kelapa.
Harga 1, Rp3000. Asalnya mau rasa2 saja. Bila dah sedap, kita order lagi. Sedap makan panas2. Memang sedap. Takda kata lain yg lebih sesuai selain SEDAP! 


Check in at Treeli Boutique Hotel.
Sesudah mengisi perut. Ini hanya kudap2. Kami punya lunch, kami hold dulu. Sbb belum betul2 lapar. Kami plan utk Checkin hotel & freshen up sat. Solat bebagai.

3Malam kami stay di Bukit Tinggi. Di Treeli Hotel. Selesa. Masa sampai disambut staff yg x lekang senyum.

Bilik kami bertiga. Ruangnya just nice. Ada dua pintu masuk. Satu dr tmpat saya berdiri ni. Lagi satu sebelah katil tu. Pintu sebelah katil tu, bukak2 kira mcm jalan belakang, ada mini fountain. Simple but nice. Pintu sebelah katil tu, tembus ruang lepak di gmbr bawah ni.

Ruang lepak sebelah bilik. Aku nk sarung kasut bagai sarung kt sini. Yelah sebelah bilik. Port dak wid mentenyeh on the phone malam2.


.


.


.


Lunch merangkap dinner at Restoran Sederhana. (Namanya, bukan konsepnya)


Kami makan disini. Selesa. 1st time ni nak try masakan padang. Konsep makan berhidang banyak2 lauk ni.



Lauk mcm2 ni bukan bermakna makan semua. Pilih mana nak makan sahaja. Klw seketul2 tu dikira harga 1-1. Klw jenis sayur2 sambal2 tu, klw dh makan kene habiskan sbb dia kira 1pinggan. Ok?


Jangan la ingat kami lahap semua lauk. Tidok! Tak baik kecam og comel macam kami ni makan banyak! Wpun mmg ya. Tp x lahap semua lauk dik! Dosa kau pitenah!

Harga total kami makan dkt sini  Rp135,000 . Sila convert sendiri.

Usai sesudah makan. Tersando membadakk yo dalam keto. Hahaha. Tipu la. Masih semangat nk tgk bandar Bukit Tinggi. Pusing2 & sempat lagi tu minta Pa' Unchu bawak kami ke mini mart nk tapau apa yg patut. Almaklumlah dinner awal KOT KOT la malam lapa..

Sambil membeli kudap2 untuk bekalan, kami mencoba jus2  buah yg banyak je dijual  sekitar Bukit Tinggi ni. Masa awal2 b4 lunch td, dh dibagitahu, klw nk jimat, jus2 ni jangan order masa makan di restoran. Baziaq! Harganya lagi mahal.

Banding harga yg mana rasanya sama, elok beli diluar. So kami mencoba jus Mango, Alpokat yg femus n durian belanda. Harga per cup sekitar Rp7000/ 8000. Enakkk. Alhamdulillah.

Baru day 1. Ntah mcm2 bende kau nk makan nk merasa. Pantang disebut, nak nak nak. :p Langsung before balik ke hotel utk beristirehat, Pa'unchu offer lagi utk rasa Tahu Sumedang! Wow. Lama dh teringin nak rasa, sbb dak haziq selalu sebut, selalu jugak beli. Xpernah rasa sendiri, tau org kata sedapp saja.

Excited nampak stall Tahu Sumedang! Tahu brontox stall lg 1, xdan snap! Tapi sedap. Pasti! Kalau xsedap FREE!



Tadaaa. Thanks Pa' Unchu. Semoga terus dimurahkan rezekinya.

Alhamdulillah. Pa' Unchu tapaukan kami Tahu Sumedang jugak Tahu Brontox! Wpun masa tu masing2 kenyang je lagi, tapi sebab benda sedap. Habis jugak. Masuk bilik semua mengadap khusyuk. Yg sorang konon diet nk rasa sikit sikit. Aku perati 4 5 sumbat kemulut jua. Hahahaha. Propa lah kau.
 
Yang kiri Tahu Sumedang  - Yang kanan Tahu Brontox. Ada isi bole pilih antaranya telurr.

Hari langsung udah mahu gelap. Tambah hujan renyai. Si wid dh apekehei mabuk kepayang apa, duk burp behangin je. Masuk bilik dia telan panadol membuta. Bila dh hujan, kami pon bagai beruang berhibernasi dlm hotel. Ntah masa bila, jam berapa aku pon lena. Lama wei aku membuta qada' malam td x tido punya pasal. Tau2 sedar dah jam 10mlm. Wid baru bangun. Aku bangun. Ajie kemamau xleh lelap katanya, bole plak dia x kejutkan kami. Bangun2 mandi bagai, aku ajak budak2 ni ronda2. Xpi jauh pon sekadar tgk stall2 sekitar kawasan hotel. Ada lagi menu yg org suruh try. Tenang aja.. Baru day 1. Takkan semua kau nk pulun 1 nite kan.

Konon nk menapak smpai jam gadang. Tp sbb day 1. Yakin x yakin nk jalan jauh2 (xlah jauh mana). Kami sekadar meronda tgk peniaga2 stall kat situ. Jam 10pm di sekitarr hotel mcm sepi. Tapi kalau menapak lagi terus ke area jam Gadang, sana masih meriah. Duk jalan santai2, tenang2. Tetibe cuak2 gak duk jalan, hanjing lak muncul kejap sana kejap sinun. Tekojuit2 haa. Ingat 'Tenang aja'

Kemudiannya masuk ke bilik rehat. Dah x boleh lelap. Hahahaha. Nk ke jam 2am jugak baru lena.


          Di bogor ado Puncak,
         Di sukabumi ado pelabuhan Ratu,
        Waktu siang adiak lai rancak,
       Kok lah malam adiak bantuak buruang antu.

        Sumber bapantunpantun



.


.


.

Day 2. Tenang aja...

Bersambung...     DillaTravelogue Ranah Minang Bukit Tinggi, Padang [Part 2]

Post a Comment